Memang sudah terbukti sekarang ini Piala Liga Inggeris berada di tangan Manchester United walaupun United kalah di tangan Arsenal di Emirates 1-0. Hal ini demikian kerana United telah memenangi satu perlawanan kontroversi iaitu telah berjaya mengalahkan Chelsea pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, Arsenal yang sepatutnya boleh memenangi perlawanan dengan Stoke City pula tewas secara mengejut dengan jaringan gol 3 - 1. Keadaan ini merupakan sesuatu yang sungguh memalukan pemainnya dan Arsene Wenger sendiri mengaku terdapat satu yang tidak kena dengan pasukan skuad bimbingannya. Ini adalah kerana jikalau dilihat pada pertengahan bulan March ini Arsenal hanya ketinggalan satu perlawanan sahaja dengan United tetapi tak tahu di mana silapnya yang menyebabkan keparahan demi keparahan menimpa skuad Arsenal.
Sesungguhnya, Chelsea yang telah memenangi perlawanan dengan Spurs yakin bahawa team mereka yakin mampu mengejar United. Tetapi, kekalahan 2 - 1 di tangan United Ahad lalu membuktikan peluang mereka semakin tipis. Masa depan pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson memang kebal tahun ini kerana akan berdepan dengan skuad Barcelona di Wembley dalam perlawanan akhir selepas mereka menewaskan Schalke.
Chelsea pada mulanya sangat berharap kepada Arsenal untuk membolehkan mereka memulihkan semangat pemainnya yang ingin menjuarai Piala Liga Inggeris. Tetapi, keadaan sebaliknya pula berlaku apabila tewas di tangan United.
Hanya United sahaja yang mampu menjuarai Liga kali ini dan ini memang terbukti melalui hasil ulasan daripada Arsene Wenger sendiri. Lihat dan tunggu sahaja apa yang berlaku dalam dua perlawanan yang akan datang lagi... Sudah tentu dua piala menanti Manchester United musim ini iaitu Piala Liga Inggeris dan Champions League...