"Jonathan masuk menentang Arsenal dan menggelecek melepasi dua pemain pertahanan sebelum menjaringkan gol jadi ia mengangkat namanya. Maksud saya, mereka (Arsenal) baru saja mengalahkan Barcelona jadi ia sesuatu yang menakjubkan! "Saat-saat seperti itu boleh mengubah karier seseorang pemain.
"Saya memiliki memori indah buatnya. Dia benar-benar seorang lelaki yang baik.
"Apabila saya menyaksikannya, saya lantas terfikir dia mempunyai kualiti yang tepat untuk bermain di England." Baudu segera menghantar mesej kepada Tehoue - untuk membelikannya sekeping tiket bagi perlawanan ulangan di Stadium Emirates.
Beliau berkata: "Saya tidak pernah menaiki kapal terbang mahupun kapal laut tapi adalah menarik untuk menyaksikannya. Satu jemputan pastinya hebat, malah satu panggilan telefon untuk berkata 'Hello'.
"Kami pernah melahirkan beberapa pemain muda berbakat, seperti Michael Pereira yang kini bermain buat Real Mallorca. Begitu juga Jimmy Kebe yang bertindak baik di Reading.
"Kami ada seorang pemain remaja, pemain berusia 19 tahun yang amat bagus, dan kini berada di Toulouse.
"Anda patut memberitahu beberapa kelab Inggeris mengenainya! "Jika kami boleh membawa mereka ke Manchester United atau Arsenal, maka ia pastinya hebat!"
>PROFIL
NAMA PENUH: Jonathan Kahne Tehoue
TARIKH LAHIR: 3 Mei 1984
TEMPAT LAHIR: Paris, Perancis
TINGGI: 1.79 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Leyton Orient
NOMBOR JERSI: 18
KARIER SENIOR:
* 2003-2004 SC Bastia
* 2005 Apoel FC
* 2006 R E Virton
* 2006-2007 FC Brussels
* 2007-2008 Kasimpasa S K
* 2008-2009 Konyaspor
* 2009-2010 UJA Alfortville
* 2010-kini Leyton Orient
No comments:
Post a Comment